Saturday, August 19, 2023

upgrade alphard

1. Cover seat dgn leather. Colour beige mcm sekarang. 3500
2. AV screen 10". Android. 4 camera 360 deg. 1900
3. Centre console. 800

Buat kat kedai ni, taman permata. 1 jam dari nilai. Memang banyak vellfire, alphard tengah modify, upgrade jadi cantik. Boleh tukar grill lagi jadi mcm model baru.

Tuesday, August 15, 2023

Hantar mak ke Gombak

Bangi famili down with flu. Jadi kami decide jauhkan mak dari virus tu. Tu pun dah batuk2. Ambil mak dari bangi bawa ke gombak dgn alphard. Naza ikut sekali, dia pergi jumpa kak ani di rumah catering. Ati pi hospital pagi ni, appt dgn doktor pasal tangan dia. Nak bawa mak mai rumah kami, tak ada bilik. Dok sana sampai ptg. Balik singgah kedai amway kat wangsa maju utk beli iron. Tapi tak jual, kena lah pergi kedai seremban, jauhnya jalan hari ni. Nilai - bangi -gombak - wangsa maju - seremban 2 - nilai. 

Monday, August 14, 2023

Keputusan PRN

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang berlangsung semalam menyaksikan Pas memenangi 117 kerusi sekali gus meninggalkan jauh pesaing-pesaing lain termasuk rakan sekutu dalam Perikatan Nasional.

Menggunakan logo sendiri, Pas menyapu bersih 32 kerusi di Terengganu dan meraih 43 DUN di Kelantan, terpaksa menyerahkan N45  Galas kepada Barisan Nasional manakala N09 Kota Lama kepada Pakatan Harapan.

Di Kedah Pas menyumbang 22 kerusi iaitu DUN paling banyak untuk membolehkan PN menang di 33 kerusi setelah menggabungkan kemenangan Bersatu di 10 kerusi dan Gerakan satu kerusi.

Negeri-negeri lain turut menyaksikan kemenangan Pas iaitu  Selangor, 10 kerusi; Pulau Pinang, 7 kerusi; dan Negeri Sembilan tiga kerusi.

Berbanding rakan-rakan Pas dalam PN ternyata parti ini menang bergaya di mana secara keseluruhannya Bersatu menang di 28 kerusi dan Gerakan 1 kerusi.

Berikut adalah pencapaian parti-parti dalam PRN15 yang berlangsung 12 Ogos 2023 di enam negeri.

PAS – 117
2. DAP – 46
3. BERSATU – 28
4. PKR – 26
5. BN/UMNO – 19
6. AMANAH – 8
7. GERAKAN – 1
PECAHAN NEGERI DAN PARTI

1. Barisan Nasional (UMNO)
– Kedah – 0
– Negeri Sembilan – 14
– Terengganu – 0
– Kelantan – 1
– Selangor – 2
– Pulau Pinang – 2
TOTAL= 19

2. Pas
– Kedah – 22
– Negeri Sembilan – 3
– Terengganu – 32
– Kelantan – 43
– Selangor – 10
– Pulau Pinang – 7
TOTAL: 117

3. Bersatu
– Kedah – 10
– Negeri Sembilan – 2
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor -12
– Pulau Pinang – 4
TOTAL: 28

4. PKR
– Kedah – 2
– Negeri Sembilan – 5
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 12
– Pulau Pinang – 7
TOTAL: 26

5. DAP
– Kedah – 1
– Negeri Sembilan – 11
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 15
– Pulau Pinang – 19
TOTAL: 46

6. AMANAH
– Kedah – 0
– Negeri Sembilan – 1
– Terengganu – 0
– Kelantan – 1
– Selangor – 5
– Pulau Pinang – 1
TOTAL: 8

7. Gerakan
– Kedah – 1
– Negeri Sembilan – 0
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 0
– Pulau Pinang – 0
TOTAL: 1

— MalaysiaGazette