Subhanallah. Sangat susah utk dapat tablet fon ini. Sungguh banyak cabarannya.
Firstly aku guna masa separuh hari naik tren & lrt utk ke pgrm tower. Ada kedai yg jual kat sini. Engadget? Or something. Bila salesman tu pi ambil brg, tinggal kaler pink saja. Sapa nak? Aku nak putih. So balik tangan kosong. Dlm komuter ada budak besar tak berapa betul dok pegang2 tangan & paha aku. Nak marah tak sampai hati pulak.
Lepas tu oder online dari directd. Di hantar dgn poslaju. Just before raya haji. Lepas seminggu pun tak sampai lagi. Bila track, ada kat pusat pos laju saja. Banyak kali track masih dok kat situ saja. Last2 email poslaju. Bagi detail. So depa cari. Lepas 3-4 hari depa call kata tak jumpa brg tu. Akan reimburse penghantar. Lepas tu directd call aku pulak kata depa akan hantar yg baru ganti yg hilang. Tapi aku kena buat repot polis dulu. So pi lah balai polis jln tun razak yg seberang dari opis tu. Buat repot. Jenuh jugak explain kat polis. Bila dah hantar repot depa kata yg putih dah habis. Yg depa pos laju tu yg last in stock. Pink ada. Aku tak mau. Tunggu depa dapat stok baru.
Itu lah story setakat ni. Tunggu.
Allahuakbar. Ada hikmah ni. Wallahua'lam.
Saturday, October 10, 2015
Asus memopad 8"
Update: Semalam dah dapat tablet fon tu. Directd hantar dgn gopher dia dah tak guna poslaju. Hantar sebelum diorang dapat refund dari poslaju. Mamat tu datang stn erl salak tinggi utk hantar sebb dia tak sempat datang opis aku. Sibuk benar lah tu. Naik moto besar lagi. 250 maybe. Padan la tak kisah nak hantar jauh. Ada peluang nak rempit. Alhamdulillah. Walaupun dapat yg pink sebab putih dah habis. Suspect ada someone dlm poslaju jugak yg rembat ni. Bila tengok directd hantar brg dia tahu good stuff inside. Gopher tu kata dah banyak kali jadi esp yg hantar ke sabah. So girly, pink. Aku minta cover utk tutup kaler tu. Dia bagi tapi with clear back so masih nampak. Tak kisah lah. Dapat free je.
Monday, October 05, 2015
Orang gaji
Dah sampai org gaji utk mak naza. Masa kami di mus melaka. Rasanya naza share adik beradik utk deposit. Gaji bulan kami bayar. Mlm tadi naza dok ajar guna vacumm. Pagi ni ajar guna iron.
Jerebu lagi
Sekolah cuti hari ini & esok. Semlm menteri pendidikan umum. Dari khamis minggu lepas jerebu bertambah teruk. 300+ ipu di shah alam t hari semalam. Seperti biasa bila dah umum cuti sekolah jerebu akan berkurang.
Subscribe to:
Posts (Atom)