Tuesday, November 21, 2023

Makan2 di Nilai

Ahmad balik. Lecture dijah kensel. Kami pi makan di restoran salam. Masakan xinjiang. Mutton is good. Price ok. Balik ikut jalan jauh. Singgah beli durian mk rm25 sebekas. 

Saturday, November 18, 2023

Belakang rumah

Pagi ni buka pintu belakang, masyaAllah cantik.

Klas SFC Jasin

Hari ni, Sabtu, pergi klas di Jasin, yg Anuar & Yasmin buat. Diorang memang tinggal di Jasin Bestari dan buat klas di Jasin Bestari juga. Aku dan Naza sharing, Mar buat biz plan. 

Saturday, November 04, 2023

Kenduri pak hitam yg muhibbah

Hari ni kenduri pak hitam di dewan lipat kajang. 2 org anak kenduri sekali. Seorang msenantu cina dari bekoh, dan seorang lagi dari serawak. Memang muhibbah semua kaum ada. Besan bangsa cina, dan famili sebelah mak hitam bangsa india. 

Sunday, October 22, 2023

Kenduri udo

Semalam kenduri uda di bacc. Bacc memang dah selalu pergi, seminar sfc buat kat sini juga. Actually guna same ballroom, so memang besar. Tak crowded. Lauk banyak. Extra good pun banyak. Aku pi dgn naza. Ramai la jumpa member2 yg buat geologi dulu. Bib. Jatt mai dari ipoh. Baba baru land kat klia dari kk. Jd, mai dgn linda dari kb. Bari, Manbai dan Ayu. Zai dan Shafek yg dok satu rumah dulu. Junior kat geologi. Macam2 sembang.

Temerloh

Dah lama tak datang belah timur. Hari ni pergi rumah Rabiani kat Mentakab. Dgn naza. Salwa ikut sekali. Ikut ECE. Nampak projek ecrl kat 2-3 tempat otw. Bawa alphard. Slow2 saja, nak njoi outing. Teringin nak ikut jalan yg lalu kuala klawang, triang tu tapi satu jam extra dan aku sorang saja la yg suka. Anyway jln tu better pakai mazda.

Sunday, October 15, 2023

Dibah beli kereta

Dibah beli Nissan Navara VL. Di kk. Jual viva. Yg dah langgar anjing dsn dah repsi radiator, tukar bumper.

Thursday, October 12, 2023

Ading2ku pi Vietnam

Azah & Ati pi betnam. 10-15 okt dgn kembara sufi. Rm2500 sorang.

Thursday, October 05, 2023

Platinum meeting

Malam ni kat Sheraton Hotel PJ Ballroom. Niza, Rosli, Along, Khadijah. Jumpa juga kawan2 lama Azmi, Mahpor, Roslan.

Friday, September 29, 2023

Balik chabau lagi

Racun kebun anak durian busut dgn pam motor & hilux. Dah lama tak start pam, tak boleh start sendiri, bawa pegi jumpa pomen kat tangkak baru boleh. Dia tak cas pun. Next time dia kata.
Sempat juga tanam anak durian satu batang. Tutup dgn weedmat 2x2m. Experiment, nak tengok boleh tolong kawal rumput atau tidak. Besar tu kiranya dapat tutup seluruh puncak busut.

Saturday, September 23, 2023

Balik Chabau

Khamis balik chabau, lepas pi jumpa doktor dan ambil ubat di kk salak. Bawa hilux dan cx30. Singgah selandar utk lunch.  Ptg pergi racun lorong kebun durian belakang. Naza pi demo. Guna kenbast.
Jumaat sembur foliar durian blkg. Dah lama tak buat. Daun baru banyak keluar (sbb boh baja) tapi kerekot, kumbang dok isap air kot. Letih. Lepas solat jumaat sambung lagi. Letih betul. 
Dah rehat satu jam tabur baja organik 888 kat anak durian busut pulak. Sampai senja. 
Malam balik, singgah rumah Beah, park hilux kat sini. Dapat minum teh makan cakoi sebelum balik. Dekat tengah malam baru sampai rumah, alhamdulillah. 

Wednesday, September 13, 2023

Nazmanstay

Kami buka homestay di Kip Central. Studio unit, tak ada bilik. 2 katil queen, extra tilam. Agen Noor dah dapat penyewa utk 3 mlm. Studen dari penang nak mandi kolam 😄

Hafizah sekolah semula

Masuk SMK Seri Sepang isnin minggu lepas, 4 sep lepas cuti sekolah seminggu. Ramai cikgu2 yg kenal naza, ada juga yg kenal aku sebab kami pi travel ke Acheh dan India dulu. Masuk tingkatan 4.

Sunday, September 03, 2023

Cuti Dibah habis

Dah habis cuti. Esok keje. Ptg ni hantar ke klia2. Sebelum tu sempat Ahmad goreng bihun utk tea, sambil tengok grand tour. Sbb Dibah birthday hari ni. Pukul 4.15 pergi airport. Check in, pergi burger king. Kira ni celebrate birthday lah. Flight 6.40 ptg dgn myairline.


Saturday, September 02, 2023

Jumpa mak

Hari merdeka. Tengok perbarisan dlm tv saja kat rumah. Kalau nak pergi putrajaya kena pergi awal pagi. Tak kuasa.
Pergi gombak satu famili. Beli nasi arab 2 talam. Bagi limau kasturi, kordial limau kat ati.

BOT Melaka

Bertolak 8.20 dari nilai, sampai centre 9.40 pagi. Abg harun start cakap pukul 10. Ada downline kami si melaka yg datang. Mar. Sapa lagi.
Bawa alphard sbb dibah guna mazda nak jumpa kawan di hospital klang. Download app utk parking. Tak boleh pakai flexi parking, app ni pun utk melaka tengah saja, Jasin tak ada lagi.

Monday, August 28, 2023

Dibah balik

Dibah balik, sampai klia2 12.30 t malam sabtu. Dijah pergi ambil. Sehari dia & adik2 jalan kat kl bawa mazda. Semalam ahad lepak2 je pagi. Ptg pergi melaka, makan kat alai ikan bakar. Dibah bawa alphard. Enjoi seat baru tukar cover kulit. Lepas tu balik chabau.

Thursday, August 24, 2023

Tanam durian

Dekat separuh anak durian yg tanam kat busut dah mati. Sbb tak jaga. Semalam dan hari ni tanam balik 6 batang. Ada lagi 9 belum tanam.

Wednesday, August 23, 2023

balik chabau

Balik chabau bawa ahmad. Singgah lunch kat selandar kedai asam pedas. Sambal belacan sedap. Ambil hilux kat rumah beah, basuh lantai garaj sbb oil bocor. Lupa kunci rumah, minta kat kak siti. Beli baja & anak musang king kat pondok batang. Rambutan dah masak sedang2. Wayar letrik ke rumah jatuh agaknya sebab monyet dok gayut. 

Monday, August 21, 2023

Sitiawan

Semalam, Ahad, kami pi sitiawan berdua dengan mazda. 10.15 bertolak sampai 1 t hari. Ikut hiway saja dari nilai. Kereta tak banyak, memang laju lah. Terutama kat wce sikit ja kereta.

Pergi rumah yasmin. Naza turun dgn beg2 demo. Aku pergi rehat kat astaka. Sambil tengok padang terbang sitiawan.

Balik ikut jambatan baru bagan datok. Singgah rumah ati ziarah mak. Sampai rumah lepas t malam.



Saturday, August 19, 2023

upgrade alphard

1. Cover seat dgn leather. Colour beige mcm sekarang. 3500
2. AV screen 10". Android. 4 camera 360 deg. 1900
3. Centre console. 800

Buat kat kedai ni, taman permata. 1 jam dari nilai. Memang banyak vellfire, alphard tengah modify, upgrade jadi cantik. Boleh tukar grill lagi jadi mcm model baru.

Tuesday, August 15, 2023

Hantar mak ke Gombak

Bangi famili down with flu. Jadi kami decide jauhkan mak dari virus tu. Tu pun dah batuk2. Ambil mak dari bangi bawa ke gombak dgn alphard. Naza ikut sekali, dia pergi jumpa kak ani di rumah catering. Ati pi hospital pagi ni, appt dgn doktor pasal tangan dia. Nak bawa mak mai rumah kami, tak ada bilik. Dok sana sampai ptg. Balik singgah kedai amway kat wangsa maju utk beli iron. Tapi tak jual, kena lah pergi kedai seremban, jauhnya jalan hari ni. Nilai - bangi -gombak - wangsa maju - seremban 2 - nilai. 

Monday, August 14, 2023

Keputusan PRN

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri di enam negeri yang berlangsung semalam menyaksikan Pas memenangi 117 kerusi sekali gus meninggalkan jauh pesaing-pesaing lain termasuk rakan sekutu dalam Perikatan Nasional.

Menggunakan logo sendiri, Pas menyapu bersih 32 kerusi di Terengganu dan meraih 43 DUN di Kelantan, terpaksa menyerahkan N45  Galas kepada Barisan Nasional manakala N09 Kota Lama kepada Pakatan Harapan.

Di Kedah Pas menyumbang 22 kerusi iaitu DUN paling banyak untuk membolehkan PN menang di 33 kerusi setelah menggabungkan kemenangan Bersatu di 10 kerusi dan Gerakan satu kerusi.

Negeri-negeri lain turut menyaksikan kemenangan Pas iaitu  Selangor, 10 kerusi; Pulau Pinang, 7 kerusi; dan Negeri Sembilan tiga kerusi.

Berbanding rakan-rakan Pas dalam PN ternyata parti ini menang bergaya di mana secara keseluruhannya Bersatu menang di 28 kerusi dan Gerakan 1 kerusi.

Berikut adalah pencapaian parti-parti dalam PRN15 yang berlangsung 12 Ogos 2023 di enam negeri.

PAS – 117
2. DAP – 46
3. BERSATU – 28
4. PKR – 26
5. BN/UMNO – 19
6. AMANAH – 8
7. GERAKAN – 1
PECAHAN NEGERI DAN PARTI

1. Barisan Nasional (UMNO)
– Kedah – 0
– Negeri Sembilan – 14
– Terengganu – 0
– Kelantan – 1
– Selangor – 2
– Pulau Pinang – 2
TOTAL= 19

2. Pas
– Kedah – 22
– Negeri Sembilan – 3
– Terengganu – 32
– Kelantan – 43
– Selangor – 10
– Pulau Pinang – 7
TOTAL: 117

3. Bersatu
– Kedah – 10
– Negeri Sembilan – 2
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor -12
– Pulau Pinang – 4
TOTAL: 28

4. PKR
– Kedah – 2
– Negeri Sembilan – 5
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 12
– Pulau Pinang – 7
TOTAL: 26

5. DAP
– Kedah – 1
– Negeri Sembilan – 11
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 15
– Pulau Pinang – 19
TOTAL: 46

6. AMANAH
– Kedah – 0
– Negeri Sembilan – 1
– Terengganu – 0
– Kelantan – 1
– Selangor – 5
– Pulau Pinang – 1
TOTAL: 8

7. Gerakan
– Kedah – 1
– Negeri Sembilan – 0
– Terengganu – 0
– Kelantan – 0
– Selangor – 0
– Pulau Pinang – 0
TOTAL: 1

— MalaysiaGazette

Saturday, August 12, 2023

PRN

Hari mengundi di 6 negeri - kelantan, terengganu, kedah, pulau pinang, selangor, negeri sembilan.
Ahmad & dijah dah pi undi di sk klia.

Sunday, August 06, 2023

Renovate rumah Taman Mawar

Sejak julai dah start renovate. Sim kontrektor. Kami semua pindah ke anggerik court. Duduklah di apartmen yg 1000kp. Mak dok rumah azah.


Saturday, August 05, 2023

Homestay kip central

Dah siap. Almost. Dijah dah pasang langsir. Bawa microwave. Pinggan mangkok. Katil dah beli dgn tilam, bantal. Almari, sofa, kabinet tv. Peti ais ambil homestay usim. Tv ambil 43in dari dapur. Astro dari rumah. Dan lain2 lagi.

BOT Melaka

Pagi ni attend BOT kat Ayer Keroh. Kami bawa Nora dari Chichin. Tak sangka PS pun jadi datang. Lagi tak sangka Man & Mar pun datang. Alhamdulillah. 

Friday, August 04, 2023

Meracun

Balik chabau rabu. Sembur foliar dgn kitosan. Sembur busut dan keliling pangkal durian dgn basta.
tutup tanah keliling dgn plastik hitam tu memang berkesan. Rumput naik tapi jauh dari pokok.

Wednesday, August 02, 2023

My blog

Dah 20 tahun aku blog. Sejak 2003. On and off. Kadang2 berbulan2 atau bertahun tak tulis apa. Bila rajin banyak pula cerita dalam satu hari.

Gintell

Pagi ni iklankan kerusi urut gintell yg amway jual kat grup ronda taman dan kat story fb. Belum pernah lagi, ni 1st time.