Wednesday, November 29, 2017
Picnic at Hanging Rock .. eh Bagan Lalang ..
Tuesday, November 28, 2017
Friday the 13th... I lost my job at Weatherford
Thursday, June 15, 2017
Uber
Naik uber first time. Nak pi ikea dari gtower. Sbb naza dibah hafi ada kat ikea. Lepas buka baru balik. Dibah book uber. 4pm aku kluar opis. Keta sampai 4.30. Slow. Jem teruk time ni kat jln tun razak.
Sunday, June 11, 2017
Bilik tamu baru
Alhamdulillah. At last siap juga. Setelah beberapa bulan. Beranda dulu yg ada awning saja kami kepung dgn dinding. Buat bilik mandi dlmnya. Guna balik 2 kipas dinding yg memang ada di beranda dan pindah aircon dari dapur dan sofa dari ruang tamu lama. Beli satu sofa bed utk mak tidur.
Jumaat mak mai. Dah 2 mlm mak tidur situ. Kurang penyidai baju.
Briefing ALS med cruise
Khamis lepas aku keje kat rumah. Lepas 4 ptg pi hg pj. Dibah bawak keta. Sampai 5.30. Dah miss 30 minit briefing. Nampak muka2 melayu yg familiar saja. Mahpor pun ada. Datok zul. Prof. Ust sham. Anak2 abg harun. Tapi abg harun tak pi. Dah habaq last week. Ambik duit. Lebih 1200 abo yg pi. Banyak flight. Semuanya kena transit. Ada transit di amsterdam. London. Hong kong. Dubai. Doha. Abu dhabi. Istanbul. Kami naik etihad. 2x transit. Abu dhabi n rome. Habis taklimat 7pm. Food di sediakan. Kami buka posa di sini saja. Bihun goreng dan kuih muih. Alhamdulillah.
Friday, June 09, 2017
Iftar geng kelvin grove brisbane
Selasa lepas 8 org kami berkumpul utk iftar si homest bangi gateway.
Alhamdulillah. Dapat jumpa semula dgn member2 lama. Dan dgn junior kat sana yg aku tak ingat pun.
Beli skuter
Alhamdulillah. Dapat juga beli skuter modenas elegan 150. Ganti suzuki v100 yg dah susah nak start asyik mati injin. Yg lama ni nak jual ka atau nak infaq?
Dah lama aku minat elegan ni. Baru ni ada duit yg lhdn pulangkan ~ rm3500 tu yg dapat beli tu. Jumpa iklan dlm mudah 2800 tahun 2009. Owner baru servis dan tukar banyak part so should be good. Aku tengok iklan hari rabu kot. Minta tengok hari sabtu. Pi dgn zul. Bayar cash. Zul bawak balik ke gombak. Dia pun kata ok. Ahad masa balik dari kelas kota kemuning aku singgah dan bawak balik ke bbst. Husaini bawa balik keta honda. My first ridw dah 68km dari gombak ke bbst. Ikut duke, jln semarak, jln tun razak, mex, dengkil,
Selasa lepas tu pi jpj utc keramat dgn ery tukar nama. Sekejap ja siap. Terus ambil insuran baru kat jpj juga dan terua buat roadtax baru pasai yg lama kensel bila tukar nama.
Alhamdulillah.
Saturday, May 20, 2017
Surah AlLail
Alhamdulillah. Solat dhuha di masjid bbst. Rakaat 2 baca surah allail awal sampai habis 21 ayat. Syukur alhamdulillah dapat juga hafal. Nak baiki lepas ni. Dan start hafal surah sebelumnya. Target sampai surah ala'la. Satu surah pun berbulan nak ingat. Mudah2an Allah panjangkan umur aku utk aku hafal sebanyak mungkin insyaallah.
Tuesday, April 25, 2017
Agung ke 15
Tuesday, April 11, 2017
SMM J81 di Merbok
Tahun ni buat smm j81 di chalet terapong merbok dekat sg petani.
Org bhg utara yg pilih tempat dan uruskan. Latep, sabariah, uda, mael lathifi dll.
Lebih kurang 26 org yg hadir. Semakin berkurangan, yes. Ramai juga yg terpaksa kensel sbb komitmen lain.
Dapat jumpa member2 yg dah 36 tahun tak jumpa sejak keluar jenan dulu. Shaker, yahya, faizah (yay!), shukrey, badri. Ada lagi kot yg aku tak ingat.
Aku pi dgn zubir, art cif. Bawa honda civic. Plan asal nak bawa naza ria sbb ramai nak ikut - manb, siaw, zo. Last2 manb ikut hulk. Siaw demam. Zo ada program kat bakau.
Aku drive 6 hrs all the way. Stop di rnr semanggol saja. Tak mengantok. Tak letih sbb dok sembang sepanjang jalan. Dan aku ambil supplemen kan...
Monday, March 20, 2017
Tiket KLIA transit return
Tuesday, March 14, 2017
New CEO for Weatherford
Natalia G. Shehadeh – Vice President & Chief Compliance Officer visit to KL office
Tuesday, March 07, 2017
Bazar Sentral
Dah ambil kunci semalam. Alhamdulillah. 1st property kami beli cadh. Bayar instalmen ikut progress. Semlm bayar dah servis cas & sinking fund. Last week dah bayar last 5%. Total 158+k harganya. Dapat lot 10x10 kaki. Blok c. Nak buat IT centre. Sl land yg akan cari penyewa. Utk 3 tahun.
Wednesday, March 01, 2017
Birthday
Semalam birthday aku. Tak ada buat apa pun. Cuma jawab ucapan hb di fb wasap telegram.
Gambaq 53 tahun plus sehari.
Sunday, February 12, 2017
MUS Melaka
Dah masuk hari ke2. Semalam sampai 2 ptg lebih. Datang semua. Masuk chalet depan kolam renang. Hafi pergi kolam. Dibah n Ahmad masuk seminar. Mlm dengar DD dari Miri, Rose. Boleh jual atmosphere espring dreamland nutrilite banyak. Tak tahu tulis tak tahu baca. Tujuan dia nak tolong orang. Bagi orang baca brochure saja. Org beli.
Tuesday, February 07, 2017
SMM di SDMC
Isnin malam pi melawat anak Frank yg eksiden tu. Kuat lagi aku ni walaupun pagi tu dah naik bukit broga. Ptg pi kedai amway dulu. Beli vitamin banyak dah tak ada stock dan alano lotion utk anak frank.
Hujan lebat betul. Masa kat hiway dari seremban 2. Kena kluaq tol nilai sat utk solat maghrib. Sampai sdmc kat subang (bulatan airport) 9.30 mlm. Tak banyak pun keta & org. Parking kosong. Naik wad pun guard tak tanya apa cuma greet saja. ZO dah ada kat wad. Frank ada dgn wife & anak dia 2 org. Lepas tu Jamek sampai bawak sate frank pesan. Duduk la sembang2 sambil makan sate.
Pukul 11 turun spital pi kedai mamak pulak dgn myvi jamek. Mengeteh pulak. Lepas tu baru balik. Letihnya.
Wednesday, February 01, 2017
Naik bukit broga
Alhamdulillah sampai jugak hajat yg dah lama dibuat. Isnin cuti raya china panjat bukit broga dgn dibah. Lepas solat subuh pi. Sampai kaki bukit dah siang. Parking dlm kebun sawit kena rm3. Keta dah banyak. Org ramai. Ada 2 track. Lama dan baru. Yg lama kena bayaq rm kat apek china. Yg baru free. Kami naik track lama pasal yg tu dibah dah pernah naik. Kurang org guna track lama. Tak crowded so senang nak guna. Ramai yg naik track baru - terus ke puncak 2. Semalam hujan so track licin sikit. Dan banyak terhakis oleh hujan tapi masih boleh guna dan selamat. Ada tempat yg betul2 curam ada tali utk bantu. Pegang batang pokok pun boleh. Tapi dekat puncak tak ada pokok jadi aku memang guna tali nak panjat sebab dah curam jalan kat sini.
Berhenti rehat 2 kali. Memang letih. 1st time ada bangku utk duduk. 2nd time ada batu besaq. Memang gelap sikit la mata bila berenti tu. Sampai puncak pun terduduk tersandaq kat batu lama baru buleh bangkit. Dibah kuat ja.
Saturday, January 28, 2017
Kamaq kenduri
Anak pompuan dia kawin. Bukan kamaq yg kawin. Heh heh. Aku pi sorang. 2 ptg baru sampai. Geng jenan81 dah ramai dah makan. Nak balik dah depa. Tapi kami dan bergambaq lagi atas pentas pelamin. Lepas aku sampai wak rashidi pun sampai satu famili. Lepas tu yaakob sampai dgn wife dia. Aku makan dgn YO. Lepas tu balik.
Friday, January 27, 2017
Jual tanah chohong
Semalam balik Jasin. Pi pejabat tanah. Aku tak cuti. So keja dlm keta lah. Naza dah cuti. Sekolah cuti raya china 1 minggu. Rabu ptg aku ambil dijah lepas balik opis. Jem teruk masa balik tu.
Yg beli tanah chohong tu org felda bukit senggeh. Bini cikgu smk nyalas. Laki pencen askar. Driver lori. Skrg nak buat keja kampong. Dia la yg nak motong getah chohong tu. Harga getah pun mahal skrg. Rm4 lebih. Dengarnya akan naik lagi. Nak mengundi tak lama lagi kot. Najib dok guna duit rompakan dia utk tarik org kampong undi duit. Sekelumit saja dia guna. Yg berkoyan2 lagi tu rosmah pegang.
Cikgu tu buat loan bank pertanian jasin. Tak lama urusan tukar nama kat pjbt tanah. Pasak guna servis haji yg dok taip kat situ. Dia xpert. Upah baru rm50. Lepas tu bawak pi homestay chabau. Dia nak tengok. Lepas tu bawa pi tengok tanah meriang pulak.
Dah habis lat situ. Masuk lagi tengok tanah along. Dah habis anak sawit dia kambing org makan. Balik sph bekoh. Lunch di kedai yusri nadin. Famous ni masuk tv dulu pasal kari kambing dia. Tapi pagi2 lagi dah habis. Kami makan asam pedas claypot saja ikan jembong. Sedap.
Sunday, January 22, 2017
Subuh berjemaah
Alhamdulillah. Dapat pergi masjid dgn isteri utk solat subuh. Dan dengar kuliah subuh. Tentang nafsu.
3 peringkat zuhud. Zuhud tinggal yg Allah larang. Zuhud tinggal yg syubahat. Zuhud tinggal yg mendatangkan pertelingkahan.
Hawa nafsu. Qanaah. Zuhud. Berkait kait antara 3 ini. Dan juga waraq.
Friday, January 20, 2017
Katam Quran
Baru lepas katam Quran dan baca doa latam Quran. Di masjid BBST. Tak ingat dah bila mula baca tapi rasanya lama dulu.
Hari ni tak pi opis. Bangun pagi awal mcm biasa tapi rasa badan esp kepala tak sedap. Mcm hi blood pressure saja. So ingat siang nanti nak pi check kat klinik. Mlm tadi pun tidur tak lena. Banyak kali terjaga.
Sebab tu subuh datang kat masjid. Kalau pi kerja pun akan singgah solat subub di masjid Dengkil insyaallah. Lepas solat subuh katam quran.
Insyaallah akan start semula hari ni juga.
Tuesday, January 17, 2017
Call Abang Harun
First Husaini dah expired sebulan lebih & bila renew aku tengok downline dia dah jadi frontline kami. Abg harun kata nanti dia masuk balik bawah husaini. Alhamdulillah. takut kalau kami kena bina semula network dia. ada 12 org dah tu.
Second aku cadang nak hantar sms kat semua yg dah expire, nak remind utk renew. Abg Harun pun setuju, kata aku boleh karang sikit faedah renew, i.e. dapat PA insuran cover. Aku pun dah fikir macam tu jugak, dan juga dapat amagram.
Monday, January 09, 2017
Puasa
Puasa sunat isnin. Sahur telor tiga suku dgn burrito sadin. Protin soya. Kopi thoyyib. Mak tak puasa.
Subuh stop di masjid jenderam utk solat jemaah. Minyak keta kuning dari rumah. Syukurlah dapat sampai petron dekat opis.
Latep announce smm j81 tahun ini di merbok. 18&19 mac. Hope I can make it.
Kemaren NDS di unisel shah alam. Downline kami 2 org pergi tumpang kami. Aku tolong dgn lunch. Good to see those guys again from klas kk.
Friday, January 06, 2017
Mak sakit kaki
Semalam mak jatuh di pasar tani masa nak beli makanan utk buka puasa. Nak temam ustazah buka puasa. Naik kereta dgn ustazah.
Pagi tadi talipon aku tapi tak bagi habaq kat sapa2. Aku wasap kat ati saja. Balik keje awal sikit pukul 4 terus pi bangi. Bawak mak dgn viva pi hospital azzahrah. Dr ambil xray.
Thursday, January 05, 2017
Park bertingkat
Hari ni first time park kat parking bertingkat kat stn erl salak tinggi. Buka 26 dis tahun lepas. Rm3 sekali masuk. Mcm parking kat belah sana juga. Tapi mahal singgit dari parking kat putrajaya sentral.
Ateng kawin lagi
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Menautkan dua hati dalam ikatan suci pernikahan,
semoga menjadi langkah awal menuju syurga.
Dengan mengucap syukur yang tak terhingga atas berkah dan
kurnia Allah SWT.
Dengan rasa rendah hati, atas keizinan empunya diri, saya ingin mengumumkan bahawa sahabat kita yang sangat kita senangi, Nor Azli Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan panggiilan mesranya, Ateng telah selamat melangsungkan perkahwinan keduanya dengan pasangan pilihannya, Hazirah binti Khamis, pada 9 Rabiul-awal 1438 bersamaan dengan 9 Disember 2016.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berikanlah sahabat kami ini ketenangan dan ketabahan dalam membawa perkahwinan ini kepada keredhaanMu, berlaku adil pada kedua2 isterinya, tidak zalim pada mana2 isterinya, dan dijauhi segala fitnah dan kejahatan manusia dan syaitan, dan semoga pengalaman baru ini akan memberikan kebahagiaan kepadanya dan kedua-dua keluarganya hingga ke JannahMu.
آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Harap maklum.
Sunday, January 01, 2017
Maulid tmn mawar
Sedang dengar ceramah maulid oleh habeeb najmuddin di surau mawardah. Sebelum ni ada qasidah utk 45 minit. Kami mai sekeluarga. Tapi siap lambat. Miss berarak dari jalan masuk ke surau.





