email dari naza:
Saya tak tahu mcm mana nak tulis selepas saya baca email abg dan laman web
tu. Apa yg saya buat tu kerana saya nak rehat mengajar tapi saya tak nak
menyusahkan awak kerana awak kena bayar hutang dan tanggung semuanya utk
saya. Saya rasa ...........Saya cuma nak cari sikit wang tambahan dan
mencuba sesuatu yg baru. tapi bidang ni perlukan kerja lebih. buat
sementara.
Sekarang ni saya buat keputusan ikut kata abg. Saya tahu tak ada gunanya
rezeki mencurah kalau rumah tangga hancur. Tapi..........tolonglah saya.
jika saya jadi guru bekerja dr 7.15-2.00 ptg(skrg ni selalu balik pukul 4.30
ptg) Saya minta tolong awak anggap saya kerja dgn beah sebab saya pun belum
buat apa-apa lagi. Kedai tu dpt hari rabu ni. awak anggaplah saya makan gaji
dgn dia. Kalau nak deal pun tunggu abang balik. Masa tu kita bincang 4 0rg
dgn fizan sekali. Beah buat semua tu sebab saya sebab saya kata dgn dia saya
tak ada semangat nak kerja. JGN salahkan dia. Dia lah kawan saya masa
susah...masa saya sakit masa abg tak ada dia yg byk tolong. Kereta rosak dan
mcm-mcm lagi....semuanya masa abg tak ada di rumah. Adik beradik pun tak
tolong saya mcm tu.....sebab kami sama-sama susah buat zhulian..saya tak nak
memuji dia lebih-lebihm sebab saya takut...buat baik berpada-pada buat jahat
jgn sekali. Semoga Allah tetapkan hati saya..........Saya faham pasti byk
dugaan yg dtg.
Kesalahan saya ialah saya tak cakap dgn abg masa nak ambil cuti. Seramik
ke tender kantin ke...semuanya angan-angan ....saja-saja cakap tiba-tiba ada
order. Masa saya ambil borang tu saya memang rasa nak gila. Bosann benci dan
segala perasaan ada...Saya menangis ki kantin. Air mata saya masuk dlm
nasi.....semua org tengok saya. Tak boleh control.....Saya rasa mcm minta
sedekah nak cari rezeki nak jadi cikgu.....Suka hati saja nak campak saya
macam saya buat kesalahan yg sangat besar. masa tu saya bertekad utk mencari
9/10 rezeki dgn berusaha kuat. Saya tak tahu apa nak tulis
lagi..........Saya tak berdaya menangis....Macamana saya nak lepaskan
perasaan dgn awak masa awak di rig. Saya tak mahu awak susah hati semasa
bekerja.Kalau boleh kalau saya sakit sikit-sikit pun saya tak mahu beri tahu
awak sebab saya tahu susahnya awak bekerja. Kadang-kadang tak
tidur.......Kalau boleh semua masalah yg saya boleh selesaikan saya
selesaikan . PERCAYALAH SAYA TAK PERNAH ANGGAP AWAK HANYA ORG YG MENCARI
NAFKAH SAJA. AWAKLAH SEGALANYA UTK SAYA.....TAPI SAYA TAK MAHU MENYUSAHKAN
AWAK SEMASA DI RIG. FIKIRAN AWAK PASTI TERGANGGU JIKA SAYA CERITA MASALAH
SAYA. CUMA KALI INI SAYA RASA ABG PERGI TERLALU LAMA.........LAMA BETUL SAYA
RASA...... ABG RASA DIKETEPIKAN OLEH ISTERI ABG TAPI SAYA SBG ISTERI
MENGANGGAP INI SATU PENGORBANAN SUPAYA FIKIRAN ABG TAK TERGANGGGU SEMASA
BEKERJA...JIKA PENGORBANAN YG SAYA SAYA BUAT ABG ANGGAP SESUATU YG DERHAKA
KPD SUAMI........APALAH YG BOLEH SAYA KATAKAN.........SAYA TERIMA APA JUA
SESUNGGUHNYA ALLAH MENGETAHUI ISI HATI SAYA....APA YG SAYA BUAT BUKAN
SUKA-SUKA SIAPA YG NAK PENAT-PENAT, TINGGALKAN ANAK.TAPI REZEKI TAKKAN DTG
BERGOLEK....TANPA PENGORBANAN...DAN PENGORBANAN ITU BERSIFAT
SEMENTARA....MASA MUDA BERUSAHA GIGIH KEMUDIAN MENUAI DI HARI TUA. ...Abg
boleh bayangklan sekarang saya menaip sambil meriba Khadijah dengan air mata
yg tak berhenti mengalir.....basah baju dijah dgn air mata saya.....Saya
diduga dgn kehilangan laptop saya.....saya juga dihina dgn laptop
itu......walaupun saya bekerja mengikut arahan saya dibuang dgn hina kerana
mengikut arahan juga.
saya sibukkan diri supaya saya tak fikir terlalu byk.........Saya takut
menulis byk ...semakin byk saya tulis semakin byk saya melukakan hati
awak...
dah dapat email & sms abang?
semalam habis drilling, lepas tu logging sampai pagi tadi
letih, nak tidur awal ni.
--
http://www.fastmail.fm - A no graphics, no pop-ups
abang ada hantar email kat naza. bukalah dan baca.
--
http://www.fastmail.fm - Accessible with your email software
abang ada hantar email kat naza. bukalah dan baca.
--
http://www.fastmail.fm - Sent 0.000002 seconds ago