Thursday, October 06, 2005

Bengang aku dengan Chen ni. Ada ka aku kena minta Gandu sain semula MAR utk September. Dia cuti lama sangat, balik Ashgabat baru nampak nombor kontrek baru tu dgn PCTSB, dah gelabah takut tak dapat duit nanti. Kami yang jadi mangsa. Bukan bagus minta co man sain MAR engkau too many times. Anyway aku dah email MAR aku to catherine, probably invois dah buat dgn that copy of MAR, apasal nak tukar pulak lagi. Especially since Catherine sendiri tak minta MAR yg baru. Lantak engkaulah, aku tau gaji aku masuk. Aku akan minta Gandu sain juga tomorrow sebelum balik, but I am not going to give to him, aku bawa balik terus dan simpan. MAR September original pun aku tak nak bagi kat dia, nak bawa balik dan hantar to Catherine macam biasa. Probably faster too.

Balik tomorow, insyaAllah. Chopper dah book, nama dah naik dlm list. Chen pun dah confirm flight Tby to Agb & Agb to Bkk. Bkk to Kul Catherine dah confirm. If everything goes smoothly aku patut sampai KLIA tengah hari Sabtu, ptg tu sampailah rumah.

Hari ni first day puasa, aku puasa ikut Msia tak ikut Turkmen seba nak raya kat Msia. Kalau ikut sini semalam dah puasa, tapi bila balik Msia nanti aku raya awal sehari, kan susah, macam mana nak solat raya? Tapi Arif RO puasa dari semalam, dia tengok dlm internet, kata Turkmen puasa Selasa, dia pun ikut. Buka puasa tadi 7 orang. Campboss dah siapkan banyak pinggan nasi dan lauk, panas lagi, ada tembikai, samosar, so tak terasa asing sangat. Actually sama je dgn dinner cuma kami makan lewat je, sekali dgn catering crew. Arif dah arrange dgn campboss for this. Kami 4 org Msia (including Mervyn Onong! Tak tahu aku dia tu Islam, kalau ikut nama. Orang Sabah macam tu la kut), the rasanya 3 org Arab, maybe Weatherford guys.

Teringat buka puasa kat H3 and E-52. Banyak juadah. Kat Bahrain last year banyak korma. Balas email Jamal tanya dia first day buka puasa amacam... Belum terawih malam ni, later tonite. Semalam buat sorang2 8 rakaat kat surau..

Saturday, September 10, 2005

Back in Turkmenistan. Kali ketiga datang sini. This time aku datang ganti Norazmudin. Travel awal, hari Ahad dah bertolak dari rumah, awal pagi. Aku pergi dengan Ong TG. Macam pergi first time dulu, naik Thai airways to Bangkok then Turkmen air to Ashgabat. The flight is full, tapi yang betul2 turun Ashgabat cuma berapa kerat saja, yang lain transit saja before continue ke Istanbul. Yang foreign cuma 3 orang saja, so cepat sekali lepas imigresen, tunggu luggage pula lama. Anyway, once lepas kastam (after letak usd10 dlm paspot), adik Vidadi bawak kami ke staff house (dgn BMW Vidadi). Staff house yang baru, different dari yg aku stay dulu. Yakov ada sini, ganti Chen TL, sedang holiday..

Friday, May 20, 2005


Inside the unit 114 on Ensco-52. Donny kat depan tu. Belakang dia Selva, then Hairri, Hajar Aswat dan Noraini. Coverall kuning tu PCSB lah. Semuanya dah balik sekarang ni. Posted by Hello
Dah nak habis, finis, tamat, kaput, whatever. InshaAllah lagi 2 hari aku balik. Well ni memang tak ada apa. Shows yang aku nampak dan describe dalam mudlog tu most likely tinggalan sahaja, remnants of oil/gas migration from the source rock to the reservoir. I.e. these sands are mere conduit. The K-5 sand being very good, clean, porous and permeable, the HC went through it cleanly with little residue. The L sand on the other hand are more shaly, less porous and permeable, so that it retains just slightly more of the HC stuff that went through it. That's why the show is twice as good here. The source rock? Probably the L shale, from where the HC primary migration up into K-5 and down into L.

Saturday, May 07, 2005

Ahh boring dok tunggu bila well ni nak td. Still on ensco 52

Tuesday, February 01, 2005

Hari ni balik bekerja after 3 bulan dok rumah goyang kaki ( except for 1 short hitch on H3 as predict eng and work in office). Back on ensco-52, where we have internet connection. tu yang syok tu kat sini. Otherwise I prefer H3. Bilik aku ni sejuk sangat. any way....

last night fly to kuantan and stay at shahzan inn. first time aku stay sini, allright juga, kena RM100 je. Wan yg transport aku dari/ke airport. Chopper flight dgn sample catcher and wireline crew.

Sunday, January 23, 2005


Johar & Sham ikat lembu korban aku utk di sembelih. Posted by Hello
Hari raya kedua, sembelih korban. Aku korban sekor lembu. Utk aku, naza, anak2, mak dan abah. cukup 7 orang. &.35 pagi dah pi Pasti Chabau. Ustaz Kasim yg akan sembelih dah sampai lagi awal. Aku sampai awal, so aku dapat pilih lembu, pilih yg lawa, paling besar. Tolong tumbangkan & ikat. Sham, Yusof, Johar yg buat kerja banyak.

Then tolong lapah kulit (sikit sangat je), potong daging, timbang & bungkus. Aku ambil 15kg daging, campur tulang, kepala, ekor, hati, limpa. Abg Aziz datang dan bawa balik rumah. Atan tolong proses kepala.

Along saja yg tak balik, Abg Aziz, Safri, Ezam ada kat rumah. Budak2 ramai, sibuk dok main PS2 saja.

Hari Raya Haji 2005, depan rumah Azam di Rawang. Posted by Hello
Hari Raya Haji, kami berkumpul di rumah Azam di Rawang. Kat sekolah dia. Mak dan Abah sampai ptg Khamis. Kami sampai mlm, hiway dah jam. Solat raya kat masjid sekolah, jalan kaki saja. Solat Jumaat pun kat situ juga, Azam jadi Imam & Khatib Solat Jumaat.

Azah sampai ptg raya. Ati tak dapat datang, balik Bahau.

Monday, January 17, 2005


Gambar aku ambil kat chalet Sfari Posted by Hello
Wah, dah lebih 6 bulan tak datang sini, nasib baik ingat lagi login, password..

Dah lama tak pi kerja, dah lama dok rumah. Duit pun dah sengkek, dah kena jual ssp utk beli racun kebun & repair laptop. Low dok simpan aku utk pi CSMP punya well, hari tu Azwari minta pun dia tak bagi, dia hantar Rasyidi instead.

Aku nak try post foto this time.. guna hello

Chat dgn Low sekejap tadi guna skype. Ada can utk naik gaji this year, kalau boss kat us approve dia punya list