Tak ada orang nak sewa satu rumah. Kami buat sewa bilik. Malam tadi dah ada sorang masuk bilik bawah. Perempuan. Kerja di USIM. Rm350 sebulan. Master bedroom pun dah ada orang ambil. Dah bayar deposit sebulan sewa rm600.
Beli tilam divan almari cermin painting meja makan dari kedai naim. Beli sofa fridge mesin basuh dari kedai 2nd hand di bandar teknologi kajang. Beli dapur gas kabinet baru dari kedai di nilai. Upah Jeff utk repair segala mak nenek.
Friday, September 16, 2016
Rumah desa casuarina - buat sewa bilik
Pemergian Tuan Guru Haron Din
Meninggal dunia di San Francisco California. Di hari Jumaat penuh berkat. Jenazah di kebumikan di sana.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Di letakkan di sini sedutan dari wassap.
***
Salam semua, sekadar utk pencerahan, utk elak kekalutan n kekeliruan. Habis cerita sini utk semua sekalian. Ayahanda mmg dlm keadaan yg sgt kritikal. Peluang amat tipis untuk survive. Doktor masih sedang berbincang utk buat sehabis baik. Namun keluarga kena bersedia utk sebarang kemungkinan. Teruskanlah berdoa agar semua yang telah Allah tetapkan, dimudahkan dan diterima seadanya insyaallah.....takleh nak update slalu. Sedang dalam keadaan yg amat kalut.....tq
- Najmi Haron Din -
6.50am
16 Sept 2016
***
Salam Perjuangan buat semua.
Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
***
Ceramah perdana masjid BBST
Oleh sohibus samahah timbalan mufti selangor. Harta yg tidak cukup2.
Aku bawak ahmad. Naza kata dua datang kemudian dgn anak2 lain.
Monday, September 12, 2016
Raya haji
Hujan. Lebat. Dari sebelum subuh. Masa solat raya pun hujan lagi. Kami sampai masjid sebelum mula solat raya. Tak sempat takbir pun. Org ramai. Aku solat kat koridor.
Masak nasi arab utk bawak ke rumah mahziah. Aku pi depo safri sorang. Tolong potong daging. Sembelih lembu sekor. Aku tak join tahun ni. Buat kat kemboja.