Saturday, May 02, 2015

Kota Kinabalu

Berjalan ke kk sempena cuti 4 hari. Satu famili plus mak naza. Bawa kerusi roda utk dia. Naik mas dari klia. Tambang lebih  sikit rm600 sorang. Makan pun depa serve dlm kotak ja skrg. Tak ada tray cawan mangkuk lagi. Bawak kereta park kat erl salak tinggi. Parking baru rm8 utk 4 hari. Kalau kat klia tatau la. Nail tren ke airport.
Tak biasa check in style ni. Dah lewat sikit. Ambil boarding pass dulu kat kiosk. Lepas tu baru drop bag kat kaunter. Ini yg q panjang. Mak naza check in kaunter spesial handling pasal guna kerusi roda.
KK. Pi homestay. Sewa innova. 4 hari 900rm. Terus padang garmin yg bawak dari nazaria. Memang sangat berguna. 100% rely dgn gps.
Mlm pi makan di tg aru. Semua kata sedap.
2nd day pi ums. Lawat akuarium. Pi pantai dia. Air clear macam kat pulau. Tapi tak mandi. Tak bawa baju. Lunch kat sinario. Good too. Reasonable price. Pi solat kat masjid bandaraya kk. Lepas tu pi pasar filipino or whatever. Mlm pi rumah Baba. Demo pressure cooker buat bihun goreng.
Pagi ahad checkout. Cari dobi pun susah. Tinggal baju then pi one borneo. Shopping complex terbaru, sebelah ums saja. Singgah masjid ums.
Bertolak ke kundasang. Jlnnya curam. Tapi banyak kereta lori likap dsb. Ini memang jln utama ke timur sabah. Hujan dan berawan so tak berapa nampak pemandangan dari atas gunung. Guna gear 3 mostly. Pekan kundasang is nice. Tak besar tapi cantik. It is a highland macam cameron juga. 4000 kaki altitud. Stay kat wardah homestay. Kpg ni penuh dgn homestay saja. Good view of g kinabalu dari beranda rumah. Ada tempat bbq tapi kami tak bawak apa pun. Nak cari minyak masak pun susah. Kedai runcit kecilan. Brg minimum. Yg banyak kedai sayur kat tepi jln. Berderet. Beli beras bukit. Bila sejuk lapar. Makan nasi sampai habis. Kat sini jln ke kedai sayur saja. Then stay kat dlm rumah saja.
Bangun awal, sebelum subuh & duduk di beranda tengok g kinabalu makin lama makin cerah. Sarapan pun di beranda. Magi. Pukul 8.30 kena bertolak ke kk. Awal pagi ni keta turun gunung tk banyak. Terus ke airport. Return car. Check in. DJ datang jumpa kami.
Fly ke klia. Naik erl ke salak tinggi. Singgah makan di kota warisan sebelum balik rumah. Alhamdulillah. Trip yg baik.

Monday, April 27, 2015

Kelas Kota kemuning dll

Ahad pergi kelas Amway Kota kemuning. Setelah berapa lama tak ke kelas. Nice & tak ramai orang, di bawah Dr Hilna. dan dia juga nak lepas tangan sikit2, dan DD yg tinggal akan teruskan, insyaallah termasuklah aku. aku volunteer utk jaga muzik 7 komputer, tolong yg sedia ada. Also aku & naza kena sharing sikit, and was quite well accepted. ketaq bee.. dah lama tak kena cakap.



Beli kasut sekolah Hafizah & sandal di tesco utk pi Sabah. Tukar bateri & cover fon naza. its either that or beli zenfone6. but with new battery lebih laju pulak jadinya note 1 tu & naza dah suka guna so mungkin buat masa ni tak perlu beli yg baru.

Pi SAMten tengok Dijah. beli sikit air & roti utk dia. Dia baru habis sukan kat stadium inspen, dapat no 3 lontar peluru. alhamdulillah 


balik dari tengok Dijah singgah BBB tengok mak pulak. bagi camg. reload fon and internet mak. ambil no tepon Ayu anak murid mak tu utk buat demo. Mak naza pun dah balik dari Muar hari ni, sampai ptg tadi.

Husaini beli asus zenfone5 di seremban. pergi dgn dibah. lenovo yg aku beli utk dia dulu aku ambil balik, masuk simcard hafizah dan bagi hafizah guna utk tengok youtube. itu lah yg dia buat masa kelas amway kat kota kemuning. kalau tidah dah tenfu bising, boring.

husaini tak dapat nak buat culinary arts. dia pergi dgn dibah kat Nilai? ada macam fair or something, last week dapat surat, dibah kata yg minta culinary arts tu ada7a, 6a, 5a.. husaini yg 1a memang tak  layak lah tu. so apa nak buat sekarang?