Saturday, February 07, 2015

Continue repair carens

At last sampai juga pressure hose power steering carens. Rm380 harganya. Tak boleh pakai citra punya tu yg kena tunggu lama tu. Total kena bayar rm500 kat panjang.

Lepas tu pi kedai cat keta pulak. Kedai melayu di kosmoplex juga. Nak cat balik fender kiri yg simen dia dah merekah. Repair yg dulu kat sialang tu tahan lebih 10 tahun. Pada aku ok lah tu. Fender dgn bumper pun dah rm500. Tak brani nak cat satu keta. Ribu raban.

Cakap kat panjang nak jual carens tu. Dia kata jgn jual. Guna ja pasal tk banyak masalah walaupun dah 12 tahun. Kereta org lain lagi banyak rosaknya. Betol jugak. Tapi aku ingat nak beli satria bagi husaini pakai.

Jumpa kawan lama

Masa repair viva kat kedai panjang jumpa Shukri yg belajar sekali di Brisbane dulu. Lebih 20 tahun tak jumpa. Dia pun hantar bmw dia repair di kedai panjang. Dia tinggal di nilai impian sekarang, dah 3 tahun. Sebelum tu di cheras. Masih lagi kerja IT tapi akan buka company sendiri selepas pencen dari glc.

Friday, February 06, 2015

Fewer & fewer

Lagi seorang rtds ops quit atau kena buang kat Houston. Tinggal 2 atau 3 saja lagi. Campur it 2 org, manajer sorang, sdc sorang. Nampaknya akan berpindah main support ke Mumbai, sebab lagi 9 org masuk. Nee pergi buat training minggu depan.
What is the future for myself in kl office? Wallahua'lam. Will they still need my resume to apply for contracts? Maybe. Maybe not. There are many bumi workers in malaysia side after all. But of course none in rtds. We will see. Masyaallah.

Thursday, February 05, 2015

Carens masuk woksyop

Stering kadang2 berat sangat. Bawa kedai panjang. Pressure hose power stering bocor. Tapi spare part tak ada. Kena tunggu. Dah 2 pagi Naza hantar ke stn erl. Balik dgn dibah.

Monday, February 02, 2015

Naza pergi sekolah baru

Pagi ni Naza mula mengajar kelas pendidikan khas di sekolah baru. Smk sepang putra.

Modify lampu emergency. Bulb kalimantang dah tak terang. Jumpa lampu led rm2 kat kedai rm2 di bbst. Beli 4. Buka dan cantumkan supaya boleh masuk dlm casing lampu emergency. Looks to be working. Dlm gambar ni belum pasang balik lagi.

Sunday, February 01, 2015

Hari wilayah

Hari ni hari wilayah persekutuan. So esok cuti ganti. Alhamdulillah. Horayyy cuti...
Ramai dapat datuk. Mufti wilayah dr zulkifli. Sekarang datuk dr zulkifli. Ustaz kazim elias. Jackie chan.. betul ni. Tak tipu.

Rumah baru Ati

Depa beli banglo setingkat di Seri Kembangan. Harga ok. Tanah 80x50. 3 bilik tidur 3 bilik mandi. Tapi ada gangguan. Adik zul yg pasang lampu kena ganggu masa tidur. Cabut lari.
Jadi mlm tadi kami 4 adik beradik kumpul dgn mak masa maghrib. Solat maghrib. Lepas tu baca surah AlBaqarah. Kami 7 orang baca sorang 7 muka surat. Lepas tu baca ayat kursi 50x sorang. Lepas tu azan kat tiap bilik.
Dah habis tu makan. Aku buat laksa (tapi perencah tertinggal) dan bawa buah pisang.