Thursday, May 30, 2013

Bercuti ke Tasik Kenyir

Bercuti ke Tasik Kenyir 25-27 Mei 2013. Tinggal di Rumah Peranginan Persekutuan - booking Jun tahun lepas. Long journey from BBST - MEX, DUKE, Karak, ECE dan jalan Jabor-Jerangau untuk sampai ke Kuala Berang lepas tu ke Jeti Gawi. Lepas tu naik bot ke Pulau Sah Besar.

Jeti di Pulau Sah Besar.


Ini bot gomen utk angkut group yg besar, eg datang satu bas. Di jeti boleh mandi, pakai vest. Budak2 la yg seronot. Ada paddle bot. Ada kayak, sewa RM10/jam. Husaini & Dijah kayuh keliling pulau pagi Ahad tu.





Rumah sebuah2. Ada 2 bilik RM50 semlm dan 3 bilik RM60 semlm. Siap dapur, cerek, rice cooker, kuali, dapur, peti ais. PENTING - bawa bahan makanan dari rumah atau beli on the way. Kat jeti ada bekalan keperluan asas saja. Kami kena beli beras, sadin, telur etc kat situ. Nasib baik ada, kalau tidak kebulur le.. Air diorang pam air tasik je, dan filter.

Tempat BBQ dan makan kat luar rumah di sediakan, kalau ada bawa ayam/daging atau dapat pancing ikan (kami tak memancing langsung) boleh guna. Tengok arang pun ada di sediakan - mungkin lebihan orang sebelum ni.


Kami keluar ke Gawi petang ahad umtuk makan dan beli makanan lagi. Hulu Terengganu ni memang hutan saja, kampung kecil2 dan kedai runcit pun susah cari. Kedai makan lagi banyak. Balik ke RPP dah 6 ptg dan naik bot tengah hujan. Sejuk & basah. Tapi kat pulau tak hujan. Trip extra ni kena RM50.

Hari Isnin pergi air terjun Saok, tak jauh dari RPP, tapi kena naik bot juga.

Check out 12 t hari. Another long drive home tapi melencong dulu ke K Terengganu - pergi Pasar Payang beli kuali, batik etc, lepas tu ke Losong cari kerpok Losong, tapi tak jumpa yg sedap walaupun try 3-4 gerai.
Hiway ECE dari KT ke Bkt Besi masih free dan kosong. boleh lagi bawa laju2. Sampai rumah 11 mlm.