Friday, April 17, 2015

Bateri 9005 kiyokkk...

Cukup 2 tahun je, bateri yg aku beli dari Jam tayar kat bbst tu tahan. tapi Aru cakap itu dah ok, bateri keta dia tahan setahun saja. aku beli dulu no brand punya, rm190. Dah 2x kena jumper, kat rumah sekali kat stn minyak sekali (Husaini bawak). Kali ni tahu dah memang kene tukar. Buka bateri & kali ni pi kedai panjang. dia test, dah kong dia kata.
tukar dhn bosch, waranti setahun, rm280.

Jual air fryer to TC

hohoho hari selasa memang sibuk. lepas pi tengok flat kat sri damansara balik ke homestay usim pasang cadar etc sebab ada org nak masuk then bawa air fryer ke Thoyyib Cafe utk demo kat Tajudin & staff dia.
dah ada smm pulak. TJ, ZO, Latep, Jamek, Curut, Goge. campoq aku jadi 7 org. aku bawa air fryer ke dapor TC dan goreng keropok lekor, karipap, chiken wing. tujuk kat chef dia & account manager thoyyib pharma. memang menjadi, keropok lekor tak berminyak, karipap masak evenly, ciken wing stay kaler oren n tak hitam. depa try frech toast pun menjadi elok - tak berminyak mcm biasa kalau goren dlm kuali.
so sekarang kena prepare quotation. ambil contoh dari internet and pinjam company mahziah.


Lututku sakit

Sakit, lutu sebelah kanan, susah nak solat, terpaksa duduk atas kerusi utk sujud.
Mula pagi semalam. solat subuh ok lagi, tapi 5 jam lepas tu dah sakit sangat solat dhuha. solat zohor dah guna kerusi. Tak tahain lagi, pukul 2 dah balik, bagitau Parardha of Mumbai team lutut sakit balik nak jumpa doktor.
Naik escalator saja, tapi kat stn erl salak tinggi both escalator & lift tak jalan, tadak power. huhu kenan naik turun tangga juga. boleh la slow2. jln pun boleh. nak lipat kaki yg sakit tu. Pergi klinik Nazam dgn Naza. dr pun tak tahu lagi, sebab tak ada injury tak ada jatuh etc. mungkin gout. dia bagi injection, ubat tahan sakit & vitamin. kalau isnin ni masih tak hilang dia refer to specialist.

Wednesday, April 15, 2015

Bizi dei tu

4.15 dah log out, as soon as finished monitoring. Naza pun dah balik. Pergi ke sri damansara ikut ldp. As normal its a slow hiway. Lim dah tunggu kat flat tu. Memang teruklah condition flat tu. Nek kena cat etc. Plan nak pecah dinding bilik mandi bagi jadi satu. Buat table top & kabinet, dan pasang tingkap kat ruang kosong kat dapur tu. Pasang tiles. Tingkat tukar aluminium. Pasang kipas tiap bilik. Berapa kena tatau lagi. Tapi flat tu memang sempit. Yg baiknya ada 3 bilik. Lelong pun dah rm110 kalau g floor. Syukurlah dah bocor lagi. Org yg nak beli dulu tak jadi sebab bank bagi value rendah & diorang tak mampu topup, naza letak rm150k.
Balik ikut nkve & elit, bawak laju bagai nak rak. Pergi 1j 15 min ikut ldp yg shorter distance, balik 1j walaupun longer distance. Show you the difference in avg speed.
Alhamdulillah ada pula org talipon nak masuk homestay usim mlm ni juga. Budak tu kerja kat airport, memang dok anggerik court, famili dia mai nak tengok dia kat sini, nak stay 2 mlm. Naza minta 400. So lepas singgah rumah aku terus pi usim pasang cadar 2 katil yg belum lagi & cuci bilik mandi. Myra budak tu mai ambil kunci, tengok bilik dok kata cantik2.

Bizi dei

Ahahahah tajuk macam novel misteri.
Sibuk betul semalam, especially bila dah ptg & mlm. Keje kat rumah sebab nak pi tengok flat sd lepas keje. Sibuk  pulak keje, mcm mumbai banyak bagi aku tiket to handle. Not very surprised though sebab day shift ada sorang ja senior kat mumbai, while nightshift ada 3 org. wonder why they do like that. I think I managed to do alright. T hari sempat masak gulai ayam & nasik lagi.
Kia tak boleh start, problem bateri lemah lagi. Nak kena tukar ni. Dibah yg hantar Hafizah pergi sekolah, tapi lambatlah, lepas 7.30. Kena marah ka agaknya kat sekolah.

Sunday, April 12, 2015

Kuliah maghrib perdana

Ustaz ahmad termizi astro datang bagi kuliah maghrib mlm tadi di masjid bbst. Dapatlah dengar live zikir2 yg biasa dengar kat tv tu. Alhamdulillah. Memang nyaring suara dia. Sampai 2 jam kuliah dia.
Semlm mula dgn solat subuh berjemaah di masjid, lepas tu kuliah subuh. Balik belu nasi lemak. Lepas tu pegi kuliah dhuha (dr zulkifli tak datang, ustaz lain ganti). Zohor berjemaah di masjid bbn, sebab pi kemas homestay. Asar di surau anggerik court. Maghrib & isya di masjid bbst.
Alhamdulillah dapat solat jemaah setiap waktu utk satu hari ni.
Lepas kuliah perdana makan nasi lauk kari kambing. Syukur.
Pagi ni solat jemaah subuh & kuliah subuh di masjid bbst. Lepas tu pi kuliah dhuha di masjid bbn, dr zul datang. Alhamdulillah.