Thursday, November 17, 2016

Mak beli Ceragem

Baru tadi buat first transfer 5k ke akaun cimb ceragem. harga total 15,300. Ambil dari akaun bimb mak. semalam pi pusat ceragem kat bbb, dapat penerangan sikit dari org dia.



Lepas tu pi restoren nasi arab makan nasi hanith lamb & roti arab ganal benar. hari ni birthday mak mentua. mak bagi hadiah telekong kat tok besan. beli piza 2 large dominoes. dah 10 mlm baru makan.


 

Aircon Caren

Sumbat lagi & air melimpah dlm kereta, basah carpet. balik dari seremban pi kat kedai repair aircon di Salak tu. senang ja dia buat, buka satu tiub getak pendek saja. memang tersumbat. dia clear tiub tu pasang balik. tak minta duit pun.

Naza tak pi sekolah kemaren. demam. selsema. batuk. bawak pi klinik nazam ambil ubat , MC

Di seremban pi ritak nak ambil microwave yg repair hari tu tapi tak siap lagi. pi shop amway nak beli minyak hitam elf tapi fully sintetik dah sold out, kemaren ada org borong. bleh. nak dapat payung free, nak kena beli online lah. Caren tu dah overdue utk servis. drive shaft pun dah kelenkong kelengkong

Check gigi Ahmad

Pergi klinik gigi pakar di Seremban. tak jauh sangat dari hospital. Aku dah study jalan dia dari street view google so aku tahu macam mana nak sampai sana. Husaini bawak carens. aircon water outlet carens sumbat lagi. basah lantai, carpet. bila naik bukit, kona, memang air melimpah turun. kat klinik kena register, bayar rm30. lepas tu tunggu kat klinik ortodentik. lama gak, ramai org, ramai china, india yg mai sini. depa tau mcm mana nak dapat cheap treatment. kalau kat private memang bayaq ribu raban, insuran biasa tak cover dental. since kami bayaq puluh2 ribu income tax setahun memang patut sangat bawak husaini mai sini. lepas check dr datang bagi tau kena buat operation utk betulkan rahang dia. tapi long process. kena jumpa pakar2 lain dulu. jumpa pun next year.

Wednesday, November 02, 2016

Cuti dipavali

Cuti 3 hari. Jalan jadi jem. Sekolah pulak cuti 5 hari jumaat-selasa. Khamis tu aku pi ambik dibah, balik dari opis 4.15 terus ke cheras, sampai samten 5 ptg.
Jumaat ptg pi mitsui dgn naza & anak2. Mlm pi makan kat piza hut nilai. Sabtu & ahad pi MUS di melaka. Isnin kerja kat  rumah, pasal awi nak kluar homestay t hari. Pi ambik kunci & buka cadar etc. Selasa pi kerja dari homestay pulak, sambil kemas2. 2 ptg polis dari ipoh masuk. Aku duplicate gate pass 2, yg ada satu dah rosak, satu lagi pun tunggu masa saja.

MUS

Sabtu dan ahad lepas kami attended MUS di tempat biasa, ayer keroh d village. Kali ni start lewat sebab ada majlis kenduri guna dewan tu sebelum tu. Kira ada clash sikit lah. Yg datang lewat kenduri tu sure tegezut beruk tengok dah tak ada kenduri lagi. Jalan pun jem, hiway plus jem, aku bawa ikut jalan lama sampai sungai udang. Stay satu mlm dlm chalet tepi kolam mandi. Rugi ja sebab tak mandi.
MUS sekarang dah lainsikit. Abg harun letak sharing dulu kat awal2, so org tak boring & balik. Dulu2 maziah harun akan cakap pasal company dan 2nd day dah kurang org. Sekarang 2nd day makin bertambah sebab dengar sharing oleh yg hebat2, diamond china & datok zul.
Then surprise, daimond rohani & said dari bangi tu - rupanya rohani tu budak smsah batch aku jugak!!! Tegezut la. Depa diamond melayu paling cepat. Aku ja yg tak ingat yg mana satu dia ni. Mintak maaf la bebanyak.

Friday, October 21, 2016

Masjid Chiba

Kat opis ni. sarapan nasi lemak, tambah telur. RM250 beli kat luar parking lot tu. tambah kueh 3 ketul. bancuh kopi thoyyib di pantry. Ya Allah, pedas nya sambal nasi lemak ni. cabai kerin apa dia guna? sure yg licin habis tak kerutu langsung. huuuu.. ayaq mata ayaq hidung ayaq dahi semua kluaq. tisu habis sebungkus lebih dok lap muka, hidung. tak dapat nak perabih nasik yg kena sambal, walaupun aku tak suka membazir kali ni tak dapat nak perabih.

Alhamdulillah, derma utk masjid Chiba di Jepun dah berjaya capai sasaran, malahan terlebih. sekarang dah berjaya beli bangunan, dan dah buat solat jumaat pun.
 




aku pun ada sumbang juga. Sejak dok baca manga, makin minat dgn hal2 di jepun. mudah mudahan ada peluang untuk pergi sana melawat2. Aku doakan supaya org jepun semakin tahu, faham dan minat dgn Islam. dgn cara hidup Islam, bukan dgn org islam.

Pakhari minta aku tolong cari rumah sewa kat BBST. utk anak & menantu dia, nak dok 6 bulan. SL1M di KLIA. aku jumpa kat mudah ada flat nak bagi sewa kat kat blkg tu. suruh dia tanya TJ juga, kawan tu pun banyak rumah. TJ dah nak pindah ke rumah di nilai impian hujung bulan ni. dia kata dia beli banglo tu murah sebab yg jual tu terdesak.



cc