Sunday, December 21, 2014

Chu'lan kopitiam, Bagan Serai

Makan malam dgn mak di sini. Azam rekomen. Dia mai masa balik hari tu. Mak makan nasi putih dgn daging padprik.
Pagi tadi beli brg banyak kat mr diy parit buntar. Jumpa banyak benda2 yg perlu kat pt buntaq ni. Pi pasar kemboja yg dekat ekonsave tu. Kat permatang tok mahat tak dak pulak.

Balik soon lee dgn mak mlm semalam. Bawa viva. Bawak 90km/j kat hiway. 8.15mlm bertolak. 1.15 pagi sampai. Average speed 70km/j.

Ambik mak lepas tengok The Hobbit kat Alamanda. Satu famili pi. Battle of 5 armies. Magnifico. Padan la satu buku dia buat 3 movies. Dlm buku tolkien bagi hint saja dlm movie dia expand habis. I guess kalau tak buat macam tu org tak faham. Lepas tu pi makan nasi arab kat sultan hadramawt, Sg Ramal.

Thursday, December 18, 2014

Kak Lang pergi Umrah

Bertolak dari KLIA petang semalam dengan MAS. Pergi 12 hari dengan pakej TH. Satu famili. Dengarnya hotel hotel dekat saja dgn masjid.

Wednesday, December 17, 2014

Homestay Usim

Hari ni orang masuk untuk 2 minggu. Maria yg cari. Dia letak harga 200, tawar sampai 180. So akan bagi dia 20 sehari. Mlm semalam pi pasang lampu ganti yg rosak. Husaini cuci tandas. Aku mop lantai, kotor sangat lepas pinoy tu keluar. Tapak kaki hitam kalau jalan. Aircon bilik tengah & blkg dah tak sejuk. Pasang cadar etc. Ambil ukuran tilam2 utk buat cadar yg senang pasang tu.

Monday, December 15, 2014

Tak iron baju

Hari ni pergi ofis pakai baju dan seluar tak iron pun. Dah malas nak iron sejak pindah bilik iron baju ke bawah.
Hari sabtu lepas Dr. Zulkifli datang bagi kuliah. Aku beli satu lagi buku dia, RM5 saja. Pasal hutang dan rezeki.
Petang tu pergi homestay USIM vacum lantai. Kotornya hitam tapak kaki tapi tak sempat mop lagi. Solat maghrib kat surau  Anggerik Court. Grnd floor block yg tinggi tu. Imam student USIM dari Afrika nampaknya.
Lepas isya urut satu badan dgn Hj Abdullah. RM50.

Kidzania

Semalam pergi Kidzania kat Damansara. Untuk Dijah dan Hafi. Makdia pun kena ikut masuk sekali. Yg kecik tu seronot sangat sebab kat situ bebudak speaking mat saleh saja. 4 ptg sampai 9 malam.
Dijah dgn Husaini bawa nenek diorang jalan2 kat the Curve. Makan nasi arab kat hadramawt.
Aku bawa mak pi masjid AlGhufran, TTDI, seberang LDP dari Kidzania. Dok situ dari asar sampai maghrib. Cantik masjid dia.. siap ada restoren, sekolah, bilik tumpangan. Tempat org kaya2. Banglo saja kat situ. Kg Hassan Ali. Makan pi  restoren sambal hijau jln Sg Penchala.

Friday, December 12, 2014

Apply TNB untuk flat SK

Rabu - kerja dari rumah lepas cuti 2 hari. Tengah hari pergi TNB Bangi utk apply letrik utk flat SK yg baru beli tu. Nasib baik dia terima gambar board meter yg kat luar rumah tu. Mungkin dia minta DB kat dlm rumah tapi aku yg salah faham? Anyway insyaallah next week masuk letrik.

Azah balik dari Sabah, hantar mak balik BBB. Dapatlah hasil teh Sabah, ikan bilis & magnet.

Tuesday, December 09, 2014

Flat SK

Nak masuk letrik kat flat Seri Kembangan yg aku beli lelong hari tu. Nasib baik tergerak hati untuk ambil gambar board yg tak ada meter tu sebab memang diorang suruh print nanti.

Anyway pergi kedai TNB kat Tmn Serdang Raya sebab kat website ada satu kat situ. Rupanya dah tutup. Pindah ke BB Bangi. Pergi sana ambil borang, balik rumah siapkan semua dokumen, pergi balik dah 4 lebih kaunter dah tutup. Hampeh.

So tak mau balik tangan kosong pi rumah Azam kat PJ ambil rotor arm kancil mak. Singgah Dengkil beli spare part tu dgn spana utk buka spark plug. Next time boleh try start lagi.

Monday, December 08, 2014

Hadiah telefon untuk Siti Khadijah

Untuk keputusan yang terbaeekkk tahun 6. Lenovo skrin 5" beli di Terminal 1 Seremban.

Sunday, December 07, 2014

Kenduri Wan anak Abg Hak

Hari ni drive Honda ke Padang Rengas. Dan mak, Naza, Dijah, Hafi. 8.40 pagi bertolak. Kereta banyak sampai ke Tg Malim, lepas tu kurang. Jumpa Azam lepas dari simpang ke Lubuk Merbau. Dia and famili dari Soon Lee. Jumpa sepupu2.

Makan sampai kenyang alhamdulillah. Ada laksa, aiskrim, rojak. Dan apa2 yg ada khemah pengantin. Tapi tak dapat jumpa pengantin. Dok berkurung dlm rumah saja. 

Friday, December 05, 2014

Tukar tayar

Hari ni tukar tayar naza ria. 4 biji. Dunlop. Mula nak guna silverstone, tapi kedai tayar Jam tu ada 2 biji saja yg baru. Aku tak nak la campur tayar baru dgn lama. Tapi dah lebih lah harga. 4 tayar baru, balancing, alignment rm1300. Plus.
Petang selasa tayar kena paku, bocor habis. Nasib baik dah sampai depan rumah. Tukar tayar spare. Aru tolong dgn jek dia. Guna 2 jek lagi senang. 4 hari guna tanpa tayar spare, no problem, alhamdulillah.
Ingat nak tunggu duit bonus (kot dapat) baru tukar, tak sempat pun.

Tuesday, December 02, 2014

Birthday Ahmad Husaini hari ni

Plan mlm ni nak pi makan kat sini...


Plan nak pergi 8 malam tapi tunda ke 10 malam sebab Adibah ada training untuk sunathon. 
Mula2 tumpu ke steamboat last2 kampui dengan grill pulak. Ok. Orang pun tak ramai mungkin sebab hari kerja.

Thursday, November 27, 2014

Keputusan UPSR 2014

Pagi ni keputusan keluar. Siti Khadijah dapat 4a 1b. Sains dapat b. Masyaallah. Alhamdulillah.

Monday, November 24, 2014

Saturday, November 22, 2014

Husaini jatuh moto

Balik dari madjid lepas Jumaat. Jalan basah lepas hujan, licin. Dia kata kereta depan dia berhenti mengejut, dia brek. Terlebih brek la tu. Bila jalan basah tayar senang lock and slide. Melecet lah kulit. Mak dia bawa pergi klinik Nazam sapu ubat kuning.

Friday, November 21, 2014

Khutbah Jumaat di surau TH. Oleh Dr. Zulkifli Mufti WP

Sayangnya sound tak clear kat tempat aku duduk. Bagi khutbah, bukan baca khutbah. Menyesalnya tak dok kat tempat lain yg clear sound. Boleh tengok gambar dia kat tv, tapi tak tahu apa yg dia cakap. Apasal la pihak surau tak pasang sound kat tv tu.

Sebelum masuk waktu pun dia bagi tazkirah. Aku sampai elok ja Dr habis tazkirah.

Bukan baca teks khutbah yg Maiwp sediakan. Pendek. Tak berjela2. Tapi pasti mantap. Teringat org kata khutbah di Mekah pendek tapi mengesankan. Kalau faham bahasa Arab lah.

Wednesday, November 19, 2014

Tokoh akademik sk taman seroja 2014

siti khadijah bt azman tokoh akademik sk taman seroja 2014.. alhamdulillah

Monday, November 17, 2014

Bayar zakat kpd muallaf dll

Tak sampai sebulan kerja, Siti dah tak mahu kerja lagi di rumah kami. Nak pergi tinggal dgn nenek dia di Gombak. Nenek dia dah Islam so oklah, tak jadi masalah. Jadilah utk kami dgn pengislaman Siti. Bagi duit zakat pd dia, dari pengeluaran duit epf akaun 2. Di Gombak nenek dia tinggal di kpg org asli dan ada kelas ugama juga di sini. Kami cuma pesan dgn dia supaya terus belajar.

3 hari berturut2 mengemas homestay usim. Pinoy kluar jumaat t hari, berat juga nak kemas sebab diorang duduk 12 hari dah. Naza datang pasang cadar, aku pi masjid nilai utk solat jumaat, lepas tu sambung lagi. Tapi Ismatul masuk lambat pula so in the end tak rushing. Sabtu pun repeat sebab Fatimah pulak nak masuk. Dua2 org ni konvo kat usim sabtu & ahad. Buat kerja sorang saja sabtu & ahad. Ahad Fatimah keluar & pinoy masuk balik. Dah 2 lampu tak menyala & signal astro dari disc tak ada lagi.

SMM di Darussalam Putrajaya sabtu 9pm kerana MTK akan ke arab saudi esoknya. Aku pi ambil dan hantar mtk di concorde inn, klia. 11 org. Latep nasa zo aku pakhri rosiah art mtk syed curut jamek

Friday, November 14, 2014

Kuliah Perdana masjid BBST Ustaz Elyas Ismail

Kena duduk dlm majlis ilmu
1. Allah suruh. Surah AlAsr. Berpesan dgn kebenaran. Beresan dgn kesabaran
2. Sunnah nabi. Hiburan org beriman ialah majlis ilmu
3. Hati manusia tidak konsisten. Ikut musim

Adakah kita ikhlas dlm hijrah kita?
1. Apa maksud niat. Sabda Nabi: Setiap amalan bermula dgn niat. Dan kamu akan dapat berdasarkan niat kamu
2. Ikhlas. Paling tinggi. Bersih dari sifat keduniaan
3. Apa kesan beramal tapi tak ikhlas. Tak sampai kpd Allah. Dah la tak sampai, Takut dihumban ke neraka
4. Ciri2 ikhlas. Sifat tawadduk - Merendah diri. (Lawannya takabbur - Suka gaduh perkara kecil2. Tolak nasihat). Buat kerja bersungguh.
5. Ambil gaji tapi itu adalah redha Allah.
6. Riak. Menampakkan amal kita utk dapat pujian.

Imam Ghazali kata - Kalau nak ikhlas kena lalui perkara2 tak baik dlm hati. Beramal dulu dan teruskan walaupun datang riak dlm hati. Nanti hilang riak dan datang ikhlas.

Tak riak kalau 1. Buat amal kalau org buat kita pun buat 2. Pakai cantek kalau nak ibadah 3. Buat sesuatu amal, di puji selepas beramal

Wednesday, November 12, 2014

Lunch at ampang corner

First time nak lunch kat sini.. walaupun dah lama diorang dah start.. mula2 nampak tak ada apa pun. Tapi diorang dah upgrade.. sekarang nampak quite good. At simpang jln ampang dgn jln tun razak.. sebelah g tower and ampang park lrt stn.
Try nasi ayam rm6

Dijah dapat mumtaz

Sekolah ptg dia.. hari ni pi ambil hadiah or something kat Jenderam. 91.5%. Alhamdulillah. An kata boleh mohon sekolah yg ada tahfiz.

Mak talipon vitamin dah habis/hampir habis. Ingat kot boleh tahan seminggu, tapi tak tahan. Balik ofis terus ke Amway shop Seremban. Beli b comp daily bilberi. Glucosamin as usual tna. So kena balik rumah ambil stok dan pergi BBB hantar kat mak.

Monday, November 10, 2014

Siti Nur Aini peluk Islam

Di pejabat agama BBST. Khamis 6 nov 14. Hari tu juga Siti Khadijah dapat anugerah tokoh bahasa inggeris di SK taman Seroja