Thursday, December 22, 2022

Kenduri

17 dis - 2 kenduri adik beradik. Anak kakpah nurul di kuching. Anak mahziah afiq di sg buah. Aku pi yg sg buah shj. Tak boleh pi kuching, mak ada di rumah. Ati, adik, mocek n famili pi kuching.

Friday, November 04, 2022

Ahmad mula kerja

Ahmad Husaini dah mula kerja seminggu di putrajaya, parcel e. Dgn KKM, sebagai graphic designer. Ni dia baru balik hari ni. Lewat.

Adibah pergi Turkiye

Adibah sampai pagi tadi di klia2. Bercuti dgn misi2 dari klinik bundu tuhan. Aku bawa alphard, husaini bawa hilux pergi ambil dia 12.30 t malam. Beg memang banyak penuh hilux sbb dibah bawa balik beg2 kosong yg guna utk bawa brg dia pergi sabah dulu. 5.30 pagi pergi hantar ke klia dgn alphard shj, naza ikut sekali. 9.40 bertolak dgn oman air. Transit di muscat.

Sunday, October 23, 2022

iqra'

Dah katam Quran. Berapa lama? 2 tahun? 3 tahun?. Sekarang nak mula balik, dgn baca terjemahan sekali insyaAllah.

Monday, October 17, 2022

BES Okt2022

14-15 okt BES di utara. Buat di Perai, Hotel Ixora & Pearl View. Kami dari BBST naik bas. Stay kat Ixora. Diraikan sebagai Istanbul qualifier. Masa balik singgah kedai jeruk  Pak Ali.

Monday, September 26, 2022

Belimbing asam boi

Kalau sesiapa yg ada pokok belimbing buloh tu jgn lah biarkan dia luruh dan busuk mcm tu je. Sayanginya. Kita boleh buat belimbing asam boi. Mak oii sedapnya sampai boleh dikunyah gitu je sampai setengah piring sekali hadap...

Meh saya ajar buat...

Setengah kilo belimbing yg siap dibersihkan, masukan dlm bekas pelastic dan masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing tu.

Lepas seharian buang air garam tu dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi puteh (asamasin).

Kacau rata rata dan tuangkan air suam 500gm aja ye. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asamboi meresap dlm belimbing. Lagi lama lagi sedap. SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, September 20, 2022

Pajeri nenas

(Ambil dari posting fb mariam rashid)
Resepi Pajeri Nenas (Pekat dan Sedap)

Bahan-bahan:
Nenas (potong ikut suka)
Bwg merah bwg putih halia (hiris halus)
Rempah 3 sekawan (Bunga lawing, kulit kayu manis, dan bunga cengkih)
Udang kering
Santan
Kerisik
Serbuk kari daging(saya guna babas)

Cara Penyediaan:
(1) Tumis bahan yg dihiris hg kekuningan.
(2) Masukkan rempah 3 sekawan tu sekali ye kemudian bila tumisan dah kekuningan masukkn serbuk kari yg sudah dicampurkn sedikit air.
(3) Masukkn sedikit udang kering (agak2 lah ye)
(4) Kacau sehingga rempah masak atau naik minyak
(5) Kemudian masukkn hirisan nenas..biarkn hingga nenas sebati ngan rempah tu.
(6) Apabila dah sebati masukkan santan dan kacau sebati lagi
(7) Kemudian, bolehlah diletakkn kerisik (agak2lah ye)

😎 Masaklah hingga agak sedikit pekat. Letak garam dan gula secukup rasa. Kepekatan terpulang pada selera masing-masing. Nak pekat lebihkan kerisik dan kalau tak nak pekat kurangkan ok. Siap!

Sunday, September 11, 2022

BOT

Hari ni BOT studio fc kat hq amway, pj. Kami bertolak 7.57 pagi sbb nak sampai sebelum pukul 9. 4 org naik dgn kami so bawa alphard, 6 org. Aiman, zihan, kak ton, anak dia. Sampai 8.45 pagi. Rasanya ini kali yg paling ramai org kami datang (tak masuk grup niza, tu lagi la ramai). Ati pun mai sendiri, dgn ain. Beah dgn anak2 dia. Downline dia 2 kereta lagi. Alhamdulillah.
Balik singgah makan nasi kukus kat gerai tepi jalan area kerinchi

Thursday, September 01, 2022

Naik Bukit Melati

Hari ni panjat lagi dgn naza. Isnin, rabu, khamis. Minggu ni dah 3 kali. Lutut ada sakit sikit. Good thing aku terus ambil glucosamin nutrilite. Hari ni pakai tongkat hiking, beli dari shopee.