Wednesday, April 08, 2015

Carpark baru Erl bbst

Sebab lambat bangun (mlm tadi abg harun & kak murni buat kelas amway kat rumah 9-11, tapi pukul 12 baru dapat tidor sebab ada lagi sembang2nya lepas habis kelas. 10 org datang) pagi ni letak kereta dekat carpark yg baru siap kat stn erl salak tinggi. Yg dia buat baru ganti yg lama dulu. Yg bertingkat tu tak siap lagi. Kena rm3. Uwahhh... aku ingat kat putrajaya sentral baru rm2. Bleh.

Tuesday, April 07, 2015

Helikopter bawa JJ terhempas

6 org terbunuh termasuk jamaluddin jarjis. Heli private milik syarikat IGB. Toke dia pun mati. Pilot mat salleh. Bawak girlfriend kyrgystan kat seat co pilot. Diorang balik dari pekan lepas hadiri kenduri kawin anak perempuan najib (dgn org kazakhstan). Something rosak sebab org kata nampak asap sebelum terhempas, dekat semenyih. Meletup & terbakar, tak ada yg selamat.

Kuliah subuh dan kuliah dhuha

Dapat pergi untuk 2 hari, sabtu & ahad. alhamdulillah. Kuliah subuh di masjid bbst. Yg ahad punya pasai dajjal. Quite interesting. Kuliah dhuha di masjid bbbst & masjid nilai dr zulkifli datang dua2 hari.

Rumput dah panjang. Upah mat pakistam potong, kena rm25. Rumput yg potong letak kat pangkal pokok mempelam. Dah berbunga utk kali ke 2.

Monday, April 06, 2015

Konvensyen usahawan amway

Sabtu - Pi konvensyen dgn naza dan 2 downline. 4 jam plus dlm convention centre. Hiburan oleh nabil & pakngah. Tengok pengiktirafan silver dan ke atas. Dah ramai emerald baru - 8. Tahun ni saja diamond melayu sorang. Paklah naik pentas terus curuh melayu buang hasad dengki. Bagi contoh dia pi pasar tengok 2 bakul ketam, satu terbula satu tertutup. Dia tanya toke apasal satu buka satu tutup? Toke cakap yg tutup tu ketam bangsa cina. Kalau buka nanti ada ketam yg nak panjat keluar, dan ketam2 lain akan tolong satu sama lain utk keluar. Yg terbuka tu ketam bangsa melayu. Tak paah tutup sebab kalau ada yg nak keluar ketam lain akan tarik dia masuk balik. Bagus punya analogi.