Friday, January 06, 2017

Mak sakit kaki

Semalam mak jatuh di pasar tani masa nak beli makanan utk buka puasa. Nak temam ustazah buka puasa. Naik kereta dgn ustazah.
Pagi tadi talipon aku tapi tak bagi habaq kat sapa2. Aku wasap kat ati saja. Balik keje awal sikit pukul 4 terus pi bangi. Bawak mak dgn viva pi hospital azzahrah. Dr ambil xray.

Thursday, January 05, 2017

Park bertingkat

Hari ni first time park kat parking bertingkat kat stn erl salak tinggi. Buka 26 dis tahun lepas. Rm3 sekali masuk. Mcm parking kat belah sana juga. Tapi mahal singgit dari parking kat putrajaya sentral.

Ateng kawin lagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Menautkan dua hati dalam ikatan suci pernikahan,
semoga menjadi langkah awal menuju syurga.
Dengan mengucap syukur yang tak terhingga atas berkah dan
kurnia Allah SWT.

Dengan rasa rendah hati, atas keizinan empunya diri, saya ingin mengumumkan bahawa sahabat kita yang sangat kita senangi, Nor Azli Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan panggiilan mesranya, Ateng telah selamat melangsungkan perkahwinan keduanya dengan pasangan pilihannya, Hazirah binti Khamis, pada 9 Rabiul-awal 1438 bersamaan dengan 9 Disember 2016.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, berikanlah sahabat kami ini ketenangan dan ketabahan dalam  membawa perkahwinan ini kepada keredhaanMu, berlaku adil pada kedua2 isterinya, tidak zalim pada mana2 isterinya, dan dijauhi segala fitnah dan kejahatan manusia dan syaitan, dan semoga pengalaman baru ini akan memberikan kebahagiaan kepadanya dan kedua-dua keluarganya hingga ke JannahMu.
آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Harap maklum.

Sunday, January 01, 2017

Maulid tmn mawar

Sedang dengar ceramah maulid oleh habeeb najmuddin di surau mawardah. Sebelum ni ada qasidah utk 45 minit. Kami mai sekeluarga. Tapi siap lambat. Miss berarak dari jalan masuk ke surau.