Alhamdulillah sampai jugak hajat yg dah lama dibuat. Isnin cuti raya china panjat bukit broga dgn dibah. Lepas solat subuh pi. Sampai kaki bukit dah siang. Parking dlm kebun sawit kena rm3. Keta dah banyak. Org ramai. Ada 2 track. Lama dan baru. Yg lama kena bayaq rm kat apek china. Yg baru free. Kami naik track lama pasal yg tu dibah dah pernah naik. Kurang org guna track lama. Tak crowded so senang nak guna. Ramai yg naik track baru - terus ke puncak 2. Semalam hujan so track licin sikit. Dan banyak terhakis oleh hujan tapi masih boleh guna dan selamat. Ada tempat yg betul2 curam ada tali utk bantu. Pegang batang pokok pun boleh. Tapi dekat puncak tak ada pokok jadi aku memang guna tali nak panjat sebab dah curam jalan kat sini.
Berhenti rehat 2 kali. Memang letih. 1st time ada bangku utk duduk. 2nd time ada batu besaq. Memang gelap sikit la mata bila berenti tu. Sampai puncak pun terduduk tersandaq kat batu lama baru buleh bangkit. Dibah kuat ja.
Wednesday, February 01, 2017
Naik bukit broga
Subscribe to:
Posts (Atom)