Friday, August 26, 2016

Seri muka durian

Ati mai hantaq seri muka kat opis. Lepas tu ikut naik kereta dia tunjuk jalan pi tower 3 klcc, bagi kat adik pulak. lepas tu balik opis. bagi seri muka kat Rina, bukan main suka lagi dia. yg lebih simpan dlm peti ais. Jangan lupa ambik masa balik nanti sudah la.

Jumaat penghulu segala hari

Gaji dah masuk semalam. Alhamdulillah. hari ni boleh start bayar hutang2. hehehe. makan banyak pulak tu. bangun tadi tak sempat makan kat rumah. minum protin saja. tapi buat sandwich & kopi, masuk kereta. vitamin pun masuk botol bawa. sempat solat subuh di masjid dengkil. panjang surah pagi Jumaat ni. makan sandwich & minum kopi & telan vitamin sambil drive. sampai awal jugak, 7.05. beli nasi lemak lauk kerang lagi, makan kat meja opis. dah 2 hari bawa honda pi opis. sebab ada petrol. naza ria dah nak habis hihihi... nak kena pi tengok mak esok. tengok apa vitamin dah habis

Trip Singapura

Hehe... bukan aku. Naza dan Hafizah yg pi. Ikut trip ppki sekolah dia. Naik bas dari sekolah sepang putra. Aku hantar selasa mlm ke sekolah. T malam baru bas bertolak. Tinggal di service apt di nusa bistari. Kondo la ni. Ada kolam mandi. Tatau la kot hafi pi mandi.
Pagi ni baru pi singapura. Tu gambar masa lalu link 2 laaa... mungkin pi universal studio kot

Sunday, August 21, 2016

NDS di Unisel Shah Alam

Ooo.... letih. Aku jadi ajk makanan & minuman. Syukur alhamdulillah dah selesai lunch. Semuanya lancar. Makanan pun cukup dan berlebih. Sedap juga. Tapi org yg lapar mungkin tak kenyang sebab cukup2 saja nasi tomato dan ayam masak merah dan acar timun.
Ramai yg datang. 150 lebih. Buat kat dewan kuliah Unisel. Utk diamond kami sediakan meja berhidang.
Abg Harun interview Naza. Nasib baik tak panggil aku turun sekali.

Semalam di HQ ada seminar juga utk leaders. Pagi abg harun bercakap. Ptg founders double diamond ricky ng bercakap. Kami dapat ilmu baru lagi.