Sunday, December 13, 2015

Mak ngah bekoh meninggal

Kat hospital putrajaya. Pagi dapat berita dari abg brahim mak ngah bekoh meninggal di hospitaal putrajaya. Kebumi di bekoh lepas zohor. Kami pun siap cepat2 pi ambil mak di rumah mahziah lepas tu pi rumah mayat. Tempat ambil jenazah abah dulu jugak.

Mahziah dan keluarga pi umrah. Kami pi hantar pagi jumaat dulu. Dgn pakej topaz tbg haji.

Mlm tadi pi nilai square dgn naza ikut jln potong depan manipal dan jln baru depan masjid bbn. Dekat sikit kalau nak pi nilai square. Nak beli tikar buluh tapi tak ada. So pi nilai 3 ikut jln baru (ikut nilai impian) juga tak payah pising belakang lagi. Banyak kedai pi baru jumpa yg berkenan. Balik ada pokok tumbang atas jln (hujan, ribut) dan ada brother stop kereta dia nak clear jalan. Aku pun stop. Tolong sekali. Nasib baik aku stop sebab pokok tumbang ru besar dan berat. Sorang tak terdaya nak ubah. Dua org kami dah at the limit dah. Memang kerja berat tarik angkat tolak. At last dapat juga clearkan jln. Syukur alhamdulillah. Tengah hujan lagi. Pokok tu ada kerengga pulak. Berapa ekor ketit aku pun tak tau dah. Memang termengah mengah aku di buatnya.